Hutang kad kredit bukan punca utama bankrap

kad kredit

sumber google

KUALA LUMPUR: Hutang kad kredit bukan kes tertinggi yang menyebabkan rakyat negara ini bankrap.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, berkata statistik menunjukkan hanya 1,770 kes bankrap akibat gagal membayar hutang kad kredit daripada keseluruhan 18,457 kes kebankrapan direkodkan pada 2015. ,

“Statistik Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh 2011-2015 dari segi kebanyakan kes, khususnya pada 2014 dan 2015, isu kebankrapan paling tinggi disebabkan pinjaman peribadi diikuti isu sewa beli kenderaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Nasrun Datu Mansur (BN- Silam) mengenai kebenaran hutang kad kredit punca ramai rakyat terutama orang muda bankrap.

Tee Yong berkata, bagi menangani isu kebankrapan membabitkan kad kredit pelbagai langkah diperkenalkan oleh BNM antaranya memastikan hanya pemohon yang layak iaitu mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun diberi kelulusan.

“Langkah ini menunjukkan statistik kadar kelulusan tidak tinggi sampai 80 hingga 90 peratus, sebaliknya di bawah kawalan iaitu hanya 50 hingga 60 peratus saja,” katanya.

“BNM melaksanakan pelbagai langkah progresif bagi membendung kenaikan hutang isi rumah sejak 2010.

“Menerusi pelbagai langkah kawalan, kadar pertumbuhan hutang isi rumah menurun kepada 7.3 peratus pada akhir Disember 2015 berbanding 14.2 peratus pada 2010,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online | Selasa, 24 Mei 2016

Marketing Menipu Punca Kewangan Gawat

Bismillah. Malaysia sudah memasuki zaman teknik marketing gaya ‘menipu’. Dalam apa sahaja bisnes, teknik pemasaran yang menipu itu berjaya memperbodohkan banyak rakyat.

Kesannya, rakyat hanya nampak punca mereka tidak cukup duit, adalah berpunca dari kos barang naik. Mereka tidak nampak ada punca kedua yang menyebabkan mereka tidak cukup duit?

Iaitu berjaya diperbodohkan oleh sistem dan teknik marketing kejam yang dipakai oleh  SEBAHAGIAN syarikat telekomunikasi, pasaraya, produk kewangan, barangan yang dijual secara online dan offline.

Hanya Jauhari yang dapat mengenal Manikam. Hanya yang tahu, dapat mengenal jantan dan betina ikan di laut dan di darat.

Yang tidak tahu, itu yang menyedihkan, mereka diperdaya untuk berbelanja untuk servis dan produk yang membuatkan mereka kehabisan duit setiap bulan.

Ini zaman orang yang cerdik terselamat, manakala orang yang memilih untuk tidak mahu belajar dan berfikir kecundang, tanpa dirinya tahu bahawa mereka kecundang berpunca dari dirinya sendiri.

Allah yang tahu apa yang betul dan yang sebenarnya. Astagfirullah.

Sumber dan Follow FB : Shamsudin Kadir

Hello world!

Selamat Datang Ke Laman Web saufiwahab.com . Semoga artikel Рartikel yang dikongsikan dalam laman web ini sedikit sebanyak dapat membantu tuan Рtuan dan puan-puan memperbaiki dan meningkatkan mutu kehidupan ke satu tahap yang baru sekaligus memacu gelombang perubahan dalam diri dan keluarga. Segala artikel yang akan saya terbitkan dalam laman sesawang  ini adalah daripada pengalaman sendiri, pembacaan dari pelbagai sumber, perkongsian daripada sahabat dan pelbagai sumber yang lain. Saya juga akan berusaha memastikan segala maklumat yang diterbitkan melalui laman ini daripada sumber yang dipercayai agar para pembaca sekalian tidak keliru dengan maklumat yang disampaikan.

Suka diingatkan bahawa saya bukanlah pakar dalam bidang kewangan ataupun pelaburan, walaubagaimanapun saya masih berusaha untuk menambah nilai diri dalam bidang kewangan dan pelaburan terutamanya hartanah dan unit amanah. Saya berkongsi ilmu dan pengetahun yang diperolehi sepanjang melibatkan diri dalam dunia kewangan dan pelaburan sebagai menghargai jasa-jasa guru,mentor,sifu dan sesiapa sahaja yang pernah memberikan buah fikiran,panduan dan kisah pengalaman mereka sebagai bekalan kepada saya untuk mencorakkan masa hadapan kewangan yang yang lebih baik pada masa hadapan. Saya juga berharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai insan yang memerlukan bantuan, buah fikiran dan juga panduan terutamanya dalam kewangan dan pelaburan hartanah.

Sekian,

Muhammad Saufi Bin Abdul Wahab

Semoga Bermanfaat !

Penulis

Penulis merupakan seorang belia yang berminat dalam bidang pengurusan kewangan,hartanah dan unit amanah. Penulis juga seorang yang gemar membaca buku berkaitan pengurusan kewangan, hartanah dan unit amanah. Penulis juga bergiat aktif dalam pelaburan hartanah sebagai medium utama pelaburan untuk dana persaraan disamping pelaburan lain yang sah disisi undang-undang negara. Penulis juga mempunyai sijil professional dalam bidang perunding unit amanah yang sah dan berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan bernaung di bawah XXXXXXXX.