Hello world!

Selamat Datang Ke Laman Web saufiwahab.com . Semoga artikel – artikel yang dikongsikan dalam laman web ini sedikit sebanyak dapat membantu tuan – tuan dan puan-puan memperbaiki dan meningkatkan mutu kehidupan ke satu tahap yang baru sekaligus memacu gelombang perubahan dalam diri dan keluarga. Segala artikel yang akan saya terbitkan dalam laman sesawang  ini adalah daripada pengalaman sendiri, pembacaan dari pelbagai sumber, perkongsian daripada sahabat dan pelbagai sumber yang lain. Saya juga akan berusaha memastikan segala maklumat yang diterbitkan melalui laman ini daripada sumber yang dipercayai agar para pembaca sekalian tidak keliru dengan maklumat yang disampaikan.

Suka diingatkan bahawa saya bukanlah pakar dalam bidang kewangan ataupun pelaburan, walaubagaimanapun saya masih berusaha untuk menambah nilai diri dalam bidang kewangan dan pelaburan terutamanya hartanah dan unit amanah. Saya berkongsi ilmu dan pengetahun yang diperolehi sepanjang melibatkan diri dalam dunia kewangan dan pelaburan sebagai menghargai jasa-jasa guru,mentor,sifu dan sesiapa sahaja yang pernah memberikan buah fikiran,panduan dan kisah pengalaman mereka sebagai bekalan kepada saya untuk mencorakkan masa hadapan kewangan yang yang lebih baik pada masa hadapan. Saya juga berharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai insan yang memerlukan bantuan, buah fikiran dan juga panduan terutamanya dalam kewangan dan pelaburan hartanah.

Sekian,

Muhammad Saufi Bin Abdul Wahab

Semoga Bermanfaat !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *