Tahap Mana Kita Bersyukur

Semalam berpeluangan membawa seorang murid ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut dan pengesahan Orang Kelainan Upaya: Masalah Pembelajaran(Disleksia). Atas permintaan bapanya untuk membawa semua ahli keluarga, aku dan isteri tunaikan kerana itu tidak menjadi masalah kepada kami. Sewaktu dalam perjalanan kami berbual-bual dengan keluarga tersebut. Alngkah terkejut lagi terperanjat,itulah kali pertama mereka dapat keluar ke bandar bersama-sama dengan semua ahli keluarga. Mereka keluarga yang benar-benar susah dari semua segi, cuma berkenderaan motosikal. Suami sahaja bekerja, isteri pula kerja di kampung yg tak menentu pendapatan. Anak-anak mereka pula begitu teruja menaiki kereta.

Di saat kita bersyukur dan hidup dibawah kemampuan dengan pendapatan yang tinggi, kita merasa dengan membeli kasut jenama “Bata” sebagai contoh, padahal kita boleh membeli kasut Jenama “Nike” “Adidas” dan sebagainya kita sudah cukup bersyukur. Saat itu aku bertanya dengan diri sendiri, Jika aku tak bersyukur dengan kehidupan aku sekarang ini, entah bagaimana jadi nanti.

Jadi aku membuat kesimpulan.. sentiasalah bersederhana walaupun gaji kita setinggi gunung atau lebih besar daripada orang lain, tiada apa yang dikejar. Cumanya lebih banyak rezeki kita, lebih besar kita dapat menyumbang kepada Tabung Akhirat kita.

Orang kata biar ikhlas,kita ambil contoh Tabung masjid kau masuk RM1 yang kau kata ikhlas tu selama lebih 25 tahun tanpa usaha nak mengikhlaskan jumlah yang bertambah ? Nak merasa ikhlas kena dipupuk dan didik. Kali pertama kau masuk RM 5,10,20,50,100 ke dalam tabung masjid.. kau akan rasa akward, betul ke apa aku buat ni,nanti habislah duit aku dan sebagainya.

Percayalah itu hanya pada permulaan, bila sudah menjelma rasa ikhlas dengan nilai baru tabung masjid kita, hati kita akan redha, syukur kita akan bertambah,Dunia kita letak ditangan, akhirat dihati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *